Demi Masa

TERAPI MINDA

Indahnya Sifat 'Maaf'

Bila disebut tentang kemaafan, ia memang sesuatu yang sukar untuk diucapkan, dilakukan dan diberikan terutama apabila ianya melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi yang sememangnya sukar untuk meminta atau memberi maaf.

Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil daripada dorongan kebersihan dan keredhaan hatinya kepada Allah. Sebagai manusia, mereka dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas dasar sifat kelemahan semulajadi manusia terkadangkala terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul maka mereka melakukan kesalahan atau kesilapan yang perlu memaaf dan dimaafkan.

Dalam konteks ini Imam Syafie pernah berkata "Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang dan melupakan terus kesalahannya. Nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia". Orang yang suka memaafkan orang lain sentiasa memahami hakikat bahawa kelemahan yang ada pada dirinya sendiri dan bukanlah perkara yang hina apabila menjadi individu PEMAAF kerana di situ wujud sifat terpuji iaitu;

1. Bersih daripada sifat sombong dan ego
2. Bersih daripada sifat dendam
3. Menunjukkan kebijaksanaan dan sifat keikhlasan

Sifat-sifat di atas merupakan ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Kita sebagai umat Islam mempunyai satu arah iaitu menyembah Allah yang Esa dan perlakuan kita dalam perpaduan perlu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nukilan - Ibnu Muin

Renungan
Nabi Sulaiman a.s ketika ditanya"Kejahatan apakah yang tidak dapat ditebus dengan amal kebajikan?" Jawab Baginda "SOMBONG"

Tips Menjadi Individu Menarik


1. Kecantikan dan ketampanan sosial.
Setiap individu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ini adalah kerana individu mempunyai keunikan dan sifat tersendiri. Hanya diri kita yang boleh meneroka keindahan dalam diri.

2. Berjenaka
Jenaka merupakan pengubat hidup dan ia mampu mengeratkan hubungan di antara individu. Namun perlu diingat bahawa jenaka yang baik dapat menceriakan hati, jenaka yang berlebihan dapat menurunkan mutu diri seseorang dan jenaka yang tidak baik seperti memerli atau menyindir boleh merosakkan hubungan.

3. Sayangi orang lain seperti kita menyayangi diri kita sendiri.
Untuk menjadi individu menarik, kita perlu sentiasa berminat mahu berkawan dengan semua orang. Dengan menjalin hubungan juga, individu yang menarik dapat memberi manfaat atau kebaikan pada semua orang.

4. Murahkan memberikan pujian
Kemampuan kita memuji orang lain menandakan kita mampu melihat kebaikan dan kelebihan orang lain walaupun mereka tidak melihatnya.


1. Memahami Kuasa bahasa Badan

75% komunikasi adalah melalui komunikasi bukan lisan. Individu yang menarik memancarkan kuasa menariknya dengan gerak badan yang menyenangkan.

2. Selalu bersetuju
Kajian mengenai bagaimana seseorang disukai oleh orang lain mendapati mereka yang disukai dan diminati ramai adalah individu yang selalu bersetuju dalam perbualannya. Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh menerima perbezaan pendapat individu lain. Cuma bagaimana menyuarakan pendapat tersebut adalah penting dalam menjaga sesebuah perhubungan.

3. Mengenalpasti minat dan kecenderungan orang lain sebelum bercakap
Kebanyakan masalah komunikasi yang berlaku adalah disebabkan tidak mengetahui minat dan kecenderungan orang lain. Ini akan membuatkan kita hanya menceritakan perihal diri yang mungkin akan membawa kebosanan pada orang lain.

4. Penampilan diri
Penampilan seseorang mempunyai pengaruh yang kuat bagaimana orang lain melihatnya. Kajian menunjukkan seorang yang berpakaian kemas dianggap sebagai seorang yang bertanggunjawab, berpengetahuan tinggi dan menarik.

Cantikkan Luar Dan Dalam Anda

Siapa tidak mahu kalau sudah lanjut usia badan masih kuat,tak rabun, dan otak masih boleh ingat. Tetapi adakah caranya untuk mengelak hal-hal sperti ini berlaku?
Manusia tidak pernah berhenti dari membina teladan dan mencari pengalaman. Sejak kewujudan manusia, tidak pernah manusia berhenti mencari sumber alam untuk dijelmakan sebagai petua dan panduan demi menjadikan hidup lebih baik dan berkualiti.

Untuk menguatkan badan, makanlah daging merah sekali seminggu.
Pakailah haruman selalu. Secara psikologinya apabila harum kita rasa selesa dan apabila kita menghidu dalam-dalam, ini membetulkan sistem saraf dalam badan.

Keraplah mandi. Kalau tidak mandi memang merengas, dan secara psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas.
Pakailah pakaian dari kapas. Dengan kapas seratus peratus, anda akan dapati tubuh anda lebih selesa dan tentunya akan memberi anda kekuatan.

Selalu berasa cemas, banyak minum air semasa makan dan banyak makan bahan-bahan makanan yang masam boleh melemahkan badan.
Tingkatkanlah ibadah yang memaksa pergerakan badan terutama semasa solat.
Pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekaligus mengelakkan rabun.

Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi dua keadaan; semakin dihormati ataupun didoakan pergi. Jika usia sebelumnya telah digunakan untuk pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia, usia selepasnya adalah tempoh semakin dihormati; tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia, yang selepasnya adalah caci maki.

Oleh itu berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha. Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian. Usah terlalu banyak berbual kosong, tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat. Terlalu diam atau memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan dipencil. Dan usah lupa untuk mendekatkan diri dengan orang soleh serta bergaul dengan para ulama. Kalau kita berkwan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.

Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam. Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan.



PEDOMAN




Memori Lawatan MGKK Kluang ke IPTS Kuala Lumpur